Thursday, February 23, 2012

Sebu Hati

Aku rasa seperti ingin menangis. dan aku memang dah menangis. kenapa semua ini harus berlaku. Ya Allah. berikan aku kekuatan ini. berikan aku jalan keluar. tak sanggup aku untuk menghadapi semua ini..jauhkan dia dari aku. tolong..dan aku merayu..aku juga punya hati.. aku juga punya perasaan..sampai bila harus diperlakukan sebegini..ambillah dia Ya Allah..dan jauhkan dia dari pandangan aku..dia cuma akan menyiksa aku..
.
.
jauh di sudut hati aku memang aku tak sanggup untuk hadapi.tapi aku cuma manusia biasa yang berpura-pura tidak perasan apa yang berlaku. yang nyata semua ada di depan mata. begitu naif dan bodohnya aku. melihat tapi berlagak buta. tersenyum tetapi menangis. bernyawa tetapi kosong. apakah jenis manusia?
.
.
.
aku tau dia akan okey walau bukan dengan aku. aku bukan untuk kamu walau kamu ialah kamuku. terima kasih atas semua kenangan. takkan ku lupa sehingga nyawa dikandung badan.


p/s : aku terlalu cintakan kamu. padaMu di atas dan dia di bawah.

Runsing

Ntah kenapa aku risau sangat. kenapa tak sampai-sampai lg? dah nak pukul 10..masuk keje kol 8.30..ada apa-apa berlaku ke? bukan tak pernah lambat. lambat dr jam 10 pon pernah.. ntah kenapa hati aku cukup risau...
.
.
.
Semalam puas aku memaki hamun. puas aku meluahkan segala ketidakpuashatian. dan jujur. aku rasa amat bersalah. tapi aku puas. ye aku puas tapi hati tetap tunsing. di mana kah?
.
.
.
Semoga tiada apa buruk yang berlaku. semoga Allah melindungi. sekarang waktu untuk di duga. selepas maki hamun. apakah keadaan akan berubah? dan yang nyata. satu persatu teman aku hilang dan menjauh. apakah akan berlaku juga di sini? aku sendiri tak pasti. aku redha apa yang akan berlaku. dan semoga aku akan tabah. semua pinjaman tuhan. siapa aku untuk mengahalang jika memang ia ditakdirkan untuk pergi?

p/s : tabahlah wahai insan. pasti ada yang terbaik.