Friday, July 20, 2012

Puasa

Esok puasa. 21/7/2012.
Semoga aku dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna.
Semoga Allah bukakan pintu hati aku untuk berubah.
Semoga aku diberi Hidayah.
Semoga puasa aku diberkati.
Semoga aku tabah.
Semoga doa-doaku diperkenankan.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Tahniah!

Tahniah.semalam kau selamat bergelar seorang suami buat kali kedua.
semoga kau capai kebahagiaan kau.
semoga kau sentiasa menjadi kawan aku.
semoga kau tak lupa pada aku.
Tahniah!

Monday, May 14, 2012

Tahniah kawan!

semoga kau akan temui kebahagiaan kau wahai sahabat. aku doakan kau bahagia. walau dengan siapapun kau bersama aku mohon agar kau akan dapat melewati kebahagiaan setelah merasa derita yang kian lama. aku tahu. dan kau pon tahu. antara kau dan aku. mungkin dah tersurat. kau bukan untukku.

p/s : congrates!

Mengharap

Untuk kali ini
aku mohon.
semoga aku dapat lari dari semua ini.
kerna aku tahu.
kau takkan lepaskan.
aku tahu.
kau masih keliru.
aku tahu.
perkara itu takkan berlaku.
untuk sekian kalinya.
entah kali ke berapa.
aku harap.
aku betul.
betul.
dan betul.

semoga.
kau dan dunia kau.
aku dan dunia aku.
kita takkan bersatu.


Thursday, May 10, 2012

Terima Kasih Allah

Tuhanku. Sesungguhnya aku tidak layak untuk masuk syugaMu. Namun aku tak sanggup untuk ke NerakaMu. Ampunkan aku. Salam Khamis.

Aku sedar. aku cuma manusia biasa. yang rasanya memang x layak pon nak diperkenankan doa. Tapi aku tahu. tuhan Maha Mendengar. Terima Kasih Allah. tapi aku tahu dan aku sedar. aku masih mengulangi dosa yang sama. Ampunkan aku. aku sedar tuhan sayangkan aku.

kalau kita bersungguh-sungguh mintak. ikhlas. memang tuhan makbulkan. cuma cepat atau lambat. bila tuhan dah perkenankan doa kita. masa tu kita akan rasa sangat bertuah dan bersyukur sangat. manusia yang penuh dosa dan sentiasa wat salah, tuhan masih makbulkan doa kita. Ya Allah.. kenapa lah aku masih tidak bersyukur.. Ampunkan aku.

Aku manusia biasa. dan aku tahu, manusia boleh berubah kalau kita yang hendak berubah. kenapa rasa ingin berubah itu datang dan pergi dalam hidup aku.. Tuhan.. tolong aku...

seronok kan bila ape yang kita nak sangat then kita dapat? tuhan sayangkan aku..

Silap

Entah kenapa..aku sering melakukan kesilapan yang sama..aku mahu perubahan.mengapa? kenapa? adakah aku yg lemah? Oh Tuhan.. berilah aku hidayah supaya aku tak ulangi kesilapan yang sama. Aku mohon.

Aku tahu. tuhan takkan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya. tapi aku dah tersasar. jauh. dan mungkin sangat jauh. dan aku rindukan saat dulu. konservatif dan kuno. Tuhan. Ampunkan aku. aku khilaf.

Cinta. ya! mungkin cinta telah mengubah aku. mungkin. ataupun mungkin diri aku sendiri. terperangkap dalam perangkap aku sendiri cipta. Bodohnya aku. Shit!


Tatkala hati telah di isi. waktu itu jugalah yang lama muncul kembali. kenapa? Aku terlalu rindukan kau. tapi dahulu. masa kau tinggalkan aku. tapi, kenapa baru sekarang kau nak muncul kembali? kenapa? dan kau tahu. aku tak pernah melupakan kau. aku takut. dan aku sangat takut untuk kecewa kedua kali. perlukah aku fikirkan kau lagi? dan rasa cinta ini tak pernah padam walau dimulut mengatakan benci.


P/s : semoga tuhan perkenankan doaku

Wednesday, April 18, 2012

Kenapa dan Mengapa

Salam Rabu
Hari ni ada pasar malam kat kawasan taman perumahan aku. ingat nak pergi. tengoklah macam mana nanti. huhu. Bosan. Dalam kamus hidup aku dah berjuta-juta muka surat tertulis perkataan bosan. aku sendiri tak tahu bila bilangan muka surat tu akan terkoyak. entah siapa yang akan mengisi kebosanan aku itu. maksud aku. isi hati aku. untuk aku berkongsi segalanya dengan 'dia'.
.
.
.
.
entah kenapa, bila sorang-sorang, kenangan lama mengusik di jiwa. menterjah ke dalam kotak pemikiran. kenapa aku masih tak boleh padam memori lalu? sungguhpun luahan kata mengatakan benci, takkan memaafkan, namun jauh di sudut hati, ingin memaafkan supaya aku tidak terkenang lagi. sangat berat untuk aku bawa memori kau bersama. maaf. izinkan aku tinggalkan ia di sini.
.
.
.
untuk kehidupan yang akan datang, aku ucapakan selamat datang. semoga kau tak sama dengan yang lepas. aku harap begitu.

Tuesday, April 10, 2012

Sakit!

Orang kata sakit itu penghapus dosa. kalau macam tu bagus lah. ringan sikit beban nanti. tapi bukan aku yang sakit. orang lain. 2 hari dia tak datang masuk hari ini. aku rasa sedikit kosong. sedikit. ah! tipu! banyak. banyak kosong. apa yang aku mampu buat ialah tunggu esok menjelma. harap dia akan datang. datang atau tidak. aku masih tidak pasti. samar-samar. kerja yang memerlukan tenaga yang datang dari tangan. tapi kalau tangan yang sakit. macam mana nak kerja.
.
.
.
.
Selama dua hari. hari ini dan semalam. semalam sempat aku lihat wajahnya. walaupun tak sampai 5 minit. cuma untuk menghantar MC. dapatlah menutup satu lubang kosong dalam beribu-ribu lubang yang tercipta. nampak mengarut. namun itulah hakikat. apa yang aku rasakan. hari ni tercipta lagi ruang2 kosong itu. macam mana aku nak tutup lubang2 tu?
.
.
.
Semoga doaku agar kau cepat sembuh. maka aku akan lihat kau esok! yay!

p/s : sapu ubat tempat yang sakit tu ok.

Thursday, February 23, 2012

Sebu Hati

Aku rasa seperti ingin menangis. dan aku memang dah menangis. kenapa semua ini harus berlaku. Ya Allah. berikan aku kekuatan ini. berikan aku jalan keluar. tak sanggup aku untuk menghadapi semua ini..jauhkan dia dari aku. tolong..dan aku merayu..aku juga punya hati.. aku juga punya perasaan..sampai bila harus diperlakukan sebegini..ambillah dia Ya Allah..dan jauhkan dia dari pandangan aku..dia cuma akan menyiksa aku..
.
.
jauh di sudut hati aku memang aku tak sanggup untuk hadapi.tapi aku cuma manusia biasa yang berpura-pura tidak perasan apa yang berlaku. yang nyata semua ada di depan mata. begitu naif dan bodohnya aku. melihat tapi berlagak buta. tersenyum tetapi menangis. bernyawa tetapi kosong. apakah jenis manusia?
.
.
.
aku tau dia akan okey walau bukan dengan aku. aku bukan untuk kamu walau kamu ialah kamuku. terima kasih atas semua kenangan. takkan ku lupa sehingga nyawa dikandung badan.


p/s : aku terlalu cintakan kamu. padaMu di atas dan dia di bawah.

Runsing

Ntah kenapa aku risau sangat. kenapa tak sampai-sampai lg? dah nak pukul 10..masuk keje kol 8.30..ada apa-apa berlaku ke? bukan tak pernah lambat. lambat dr jam 10 pon pernah.. ntah kenapa hati aku cukup risau...
.
.
.
Semalam puas aku memaki hamun. puas aku meluahkan segala ketidakpuashatian. dan jujur. aku rasa amat bersalah. tapi aku puas. ye aku puas tapi hati tetap tunsing. di mana kah?
.
.
.
Semoga tiada apa buruk yang berlaku. semoga Allah melindungi. sekarang waktu untuk di duga. selepas maki hamun. apakah keadaan akan berubah? dan yang nyata. satu persatu teman aku hilang dan menjauh. apakah akan berlaku juga di sini? aku sendiri tak pasti. aku redha apa yang akan berlaku. dan semoga aku akan tabah. semua pinjaman tuhan. siapa aku untuk mengahalang jika memang ia ditakdirkan untuk pergi?

p/s : tabahlah wahai insan. pasti ada yang terbaik.

Friday, January 13, 2012

Pujuk

Morning...salam jumaat penghulu segala hari..
tet tet...(bunyi mesej)

Dia : awk.
aku : yep.
Dia : Dah siap blum?
aku : dah.knp
Dia : Sy amek awk ok.
aku : x payah.majok.
Dia : sy nk pujuk la ni.
aku : mcm 2 ke pjuk.xde2
Dia : sory.sy amek kat lorong ok.
aku : kat simpang sudah.
dia : lorong la dekat skit.

mcm tu gaya pujuk pon ada ke.senang je kan.dah buat salah.pujuk.nampak senang dan cool.tapi org yg marah 2 rasa x puas langsung. xsempat nak merajuk lama2. yg buat salah anggap senang je..buat salah then pujuk. then ulang benda sama..

p/s : aku kurang pandai nk pujuk. tapi suka merajuk.

Monday, January 9, 2012

Kamu ialah kamuku

salam isnin.
Semalam ahad. hari yang aku agak gembira tapi tak berapa nak gembira.haha.what ever. ape pun aku puas sebab misi jahat aku hampir berjaya.cuma tinggal selangkah je.. dan kemudian aku akan bebas dari cengakaman unsur-unsur jahat ni...aku buat ni semua sebab aku terlalu sayangkan kamu!

oh kamu!
aku harap kau akan mengerti. walaupun caraku berbaur kejam. butir percakapanku berbaur maki. tapi aku begitu kerana aku nak kamu bahagia.walau bukan dengan aku. cuma beri sedikit pengajaran kepada manusia sekelilingmu dan juga kamu.

kaulah kamu-ku!