Friday, July 20, 2012

Puasa

Esok puasa. 21/7/2012.
Semoga aku dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna.
Semoga Allah bukakan pintu hati aku untuk berubah.
Semoga aku diberi Hidayah.
Semoga puasa aku diberkati.
Semoga aku tabah.
Semoga doa-doaku diperkenankan.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Tahniah!

Tahniah.semalam kau selamat bergelar seorang suami buat kali kedua.
semoga kau capai kebahagiaan kau.
semoga kau sentiasa menjadi kawan aku.
semoga kau tak lupa pada aku.
Tahniah!

Monday, May 14, 2012

Tahniah kawan!

semoga kau akan temui kebahagiaan kau wahai sahabat. aku doakan kau bahagia. walau dengan siapapun kau bersama aku mohon agar kau akan dapat melewati kebahagiaan setelah merasa derita yang kian lama. aku tahu. dan kau pon tahu. antara kau dan aku. mungkin dah tersurat. kau bukan untukku.

p/s : congrates!

Mengharap

Untuk kali ini
aku mohon.
semoga aku dapat lari dari semua ini.
kerna aku tahu.
kau takkan lepaskan.
aku tahu.
kau masih keliru.
aku tahu.
perkara itu takkan berlaku.
untuk sekian kalinya.
entah kali ke berapa.
aku harap.
aku betul.
betul.
dan betul.

semoga.
kau dan dunia kau.
aku dan dunia aku.
kita takkan bersatu.


Thursday, May 10, 2012

Terima Kasih Allah

Tuhanku. Sesungguhnya aku tidak layak untuk masuk syugaMu. Namun aku tak sanggup untuk ke NerakaMu. Ampunkan aku. Salam Khamis.

Aku sedar. aku cuma manusia biasa. yang rasanya memang x layak pon nak diperkenankan doa. Tapi aku tahu. tuhan Maha Mendengar. Terima Kasih Allah. tapi aku tahu dan aku sedar. aku masih mengulangi dosa yang sama. Ampunkan aku. aku sedar tuhan sayangkan aku.

kalau kita bersungguh-sungguh mintak. ikhlas. memang tuhan makbulkan. cuma cepat atau lambat. bila tuhan dah perkenankan doa kita. masa tu kita akan rasa sangat bertuah dan bersyukur sangat. manusia yang penuh dosa dan sentiasa wat salah, tuhan masih makbulkan doa kita. Ya Allah.. kenapa lah aku masih tidak bersyukur.. Ampunkan aku.

Aku manusia biasa. dan aku tahu, manusia boleh berubah kalau kita yang hendak berubah. kenapa rasa ingin berubah itu datang dan pergi dalam hidup aku.. Tuhan.. tolong aku...

seronok kan bila ape yang kita nak sangat then kita dapat? tuhan sayangkan aku..

Silap

Entah kenapa..aku sering melakukan kesilapan yang sama..aku mahu perubahan.mengapa? kenapa? adakah aku yg lemah? Oh Tuhan.. berilah aku hidayah supaya aku tak ulangi kesilapan yang sama. Aku mohon.

Aku tahu. tuhan takkan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya. tapi aku dah tersasar. jauh. dan mungkin sangat jauh. dan aku rindukan saat dulu. konservatif dan kuno. Tuhan. Ampunkan aku. aku khilaf.

Cinta. ya! mungkin cinta telah mengubah aku. mungkin. ataupun mungkin diri aku sendiri. terperangkap dalam perangkap aku sendiri cipta. Bodohnya aku. Shit!


Tatkala hati telah di isi. waktu itu jugalah yang lama muncul kembali. kenapa? Aku terlalu rindukan kau. tapi dahulu. masa kau tinggalkan aku. tapi, kenapa baru sekarang kau nak muncul kembali? kenapa? dan kau tahu. aku tak pernah melupakan kau. aku takut. dan aku sangat takut untuk kecewa kedua kali. perlukah aku fikirkan kau lagi? dan rasa cinta ini tak pernah padam walau dimulut mengatakan benci.


P/s : semoga tuhan perkenankan doaku

Wednesday, April 18, 2012

Kenapa dan Mengapa

Salam Rabu
Hari ni ada pasar malam kat kawasan taman perumahan aku. ingat nak pergi. tengoklah macam mana nanti. huhu. Bosan. Dalam kamus hidup aku dah berjuta-juta muka surat tertulis perkataan bosan. aku sendiri tak tahu bila bilangan muka surat tu akan terkoyak. entah siapa yang akan mengisi kebosanan aku itu. maksud aku. isi hati aku. untuk aku berkongsi segalanya dengan 'dia'.
.
.
.
.
entah kenapa, bila sorang-sorang, kenangan lama mengusik di jiwa. menterjah ke dalam kotak pemikiran. kenapa aku masih tak boleh padam memori lalu? sungguhpun luahan kata mengatakan benci, takkan memaafkan, namun jauh di sudut hati, ingin memaafkan supaya aku tidak terkenang lagi. sangat berat untuk aku bawa memori kau bersama. maaf. izinkan aku tinggalkan ia di sini.
.
.
.
untuk kehidupan yang akan datang, aku ucapakan selamat datang. semoga kau tak sama dengan yang lepas. aku harap begitu.